Sunday, 24 April 2011

Evening Primrose Oil {EPO} kalau kita konsumsi[makan] apakah akan merangsang pertumbuhan sel kanser?

Sebelum menjawab soalan ini, lebih baiklah kita mendalami sedikit tentang istilah – istilah ini. Asid Lemak Perlu; Linoleic Acid; GLA (gamma linolenic Acid); EPO  dan PGE1
Asid Lemak Perlu (essential fatty acids; EFA) adalah sejenis vitamin yang tidak boleh dibina oleh badan kita, oleh itu ia perlu diambil melalui pemakanan. Terdapat 2 jenis EFA, iaitu Linoleic Acid and alpha linolenic acid. EPO tergolong di dalam famili Linoleic Acid. Di dalam Badan kita, selepas kita mengambil EPO, Linoleic Acid ini akan melalui satu proses yang kompleks dan berubah kepada GLA(Gamma linolenic acid) dan seterusnya kepada Prostaglandin (PGE1)

PGE1 ini adalah amat penting dan bertindak sebagai anti inflamasi dan juga mempromosi system imun badan kita.

Terdapat banyak kajian, walaupun masih di dalam peringkat yang awal, yang samada melibatkan kajian di dalam makmal sahaja atau menggunakan populasi sample yang kecil, yang menunjukkan keberkesanan EPO (iaitu GLA dan PGE1) untuk mengurangkan inflamasi sel – sel, di mana ada kajian-kajian yang telah membuktikan radikel - radikel bebas dan proses inflamasi boleh menyebabkan kanser.

Terdapat juga kajian peringkat awal yang menunjukkan kebolehan EPO untuk mengurangkan progresi sel – sel kanser dan keupayaannya untuk membunuh sel – sel kanser apabila digunakan bersama rawatan kemoterapi.

Kajian kajian ini melibatkan kanser payudara, pancreas dan pundit kencing.

Jadi EPO sebenarnya tidak menyebabkan kanser!

No comments:

Post a Comment