Ini adalah salah satu dari soalan yang selalu ditanya oleh pelanggan- pelanggan saya
Sebenarnya tiada perbezaan diantara mana - mana produk ini!
Kesemuanya mengandungi paracetamol sebagai bahan aktifnya. Cuma di dalam dos yang berbeza - beza dan bentuk dos yang berbeza.
Terdapat 3 persediaan Panadol berbentuk tablet, iaitu dos 500mg dan 650mg dan Panadol Extend yang mengandungi 665mg paracetamol.Panadol soluble mengandungi 500mg paractamol, tetapi di dalam bentuk "effervescent", di mana keberkesannya lebh cepat, kerana ia larut di dalam air, berbanding dengan panadol tablet. Tablet perlu dicernakan di dalam perut terlebih dahulu sebelum ia boleh diserap melalui usus kecil ke dalam darah.
Panadol Actifast ditambah dengan Sodium untuk meningkatkan penyerapannya ke dalam darah.
Manakala Uphamol 650 ialah versi generik (buatan Malaysia) Panadol 650mg.
Begitu juga Milidon 500mg, sebagai substitut Panadol 500mg.
Paracetamol digunakan untuk mengurangkan kesakitan, seperti sakit kepala, sakit – sakit urat; sakit urat dan demam.
Yang penting di sini adalah dosnya. Dos dewasa untuk mendapatkan kesannya ialah 1000mg empat kali sehari. Untuk kanak - kanak 12 tahun ke bawah, dosnya selalunya bergantung kepada berat badan dalam kilogram
k
No comments:
Post a Comment